Friday 2 November 2012

TEMU DI SYURGA



"You and I will meet again, 
When we're least expecting it, 
One day in some far off place, 
I will recognize your face,
I won't say goodbye my friend,
For you and I will meet again." 

Irish Blessing's quote


Assalamualaikum warahmatullah...

Pagi ni aku update blog dengan mood yang agak... ntah la... Terasa sangat kat hati. Satu persatu kengkawan hilangkan diri. Bukan hilangkan diri kerana kepentingan diri sendiri, tapi keterpaksaan. Yelah, ibarat pelangi lepas hujan. Pelangi takkan muncul lama. Walaupun lepas ni muncul lagi. 

Ari ni aku baru je hantar salah seorang member rapat aku yg dah macam adik beradik rapatnya. 

Ni gambar lama. Time kami mula kenal dulu.

Haihh... Kali ni aku tak terasa sangat kesedihannya. Tapi yang pasti, tetap akan rasa sunyi. Yelah, pegi mana-mana pun tetap kami berdua je. Dari semester satu sampai semester sekarang, kami tetap sebilik. Jangan pikir lain pulak. Ahakz. Balik bilik karang ni, keseorangan la nampaknya aku. 

Sebelum kami sume memblahkan diri, aku, beliau dan Hizami menghabiskan masa kat Mcdonald's Teluk Chempedak sampai kul 3 pagi, then masing-masing bantai online kat cybercafe sampai kul 5 pagi. Pastu kami masuk dengan selambanya dalam kolej depan pak guard. Hhuhu... 

Kami lelap sebentar. Pukul 7 dia dah bangun balik bilik, kemas semua. Pukul 8 pagi lagi dah kejut aku mintak hantar ke terminal. Aitcheh... macam lirik lagu Teman Pengganti:

"Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi, buku, kunci, biskut dalam laci, ada sikit wang, itu saja baki"


Yang pasti, kesedihan akan dirasai bila habis semester enam ni. Bila masing-masing pulang secara kekal ke kediaman masing-masing. Bukannya dekat. Ada yang dok kat Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Kedah, Johor, makna kata seluruh negeri la. Bukan senang dah nak jumpa lepas ni. Kalau ada rezeki, aku rajin la travel kat negeri masing-masing membawa muka yang tak kacak nih. Huhu...

aku da tak bleh teruskan menulis ari ni. 

P/S:
Orang kata, sekamceng mana kita berkawan, lama-lama akan berpisah jugak"


No comments:

Post a Comment