Friday 2 November 2012

TEMU DI SYURGA



"You and I will meet again, 
When we're least expecting it, 
One day in some far off place, 
I will recognize your face,
I won't say goodbye my friend,
For you and I will meet again." 

Irish Blessing's quote


Assalamualaikum warahmatullah...

Pagi ni aku update blog dengan mood yang agak... ntah la... Terasa sangat kat hati. Satu persatu kengkawan hilangkan diri. Bukan hilangkan diri kerana kepentingan diri sendiri, tapi keterpaksaan. Yelah, ibarat pelangi lepas hujan. Pelangi takkan muncul lama. Walaupun lepas ni muncul lagi. 

Ari ni aku baru je hantar salah seorang member rapat aku yg dah macam adik beradik rapatnya. 

Ni gambar lama. Time kami mula kenal dulu.

Haihh... Kali ni aku tak terasa sangat kesedihannya. Tapi yang pasti, tetap akan rasa sunyi. Yelah, pegi mana-mana pun tetap kami berdua je. Dari semester satu sampai semester sekarang, kami tetap sebilik. Jangan pikir lain pulak. Ahakz. Balik bilik karang ni, keseorangan la nampaknya aku. 

Sebelum kami sume memblahkan diri, aku, beliau dan Hizami menghabiskan masa kat Mcdonald's Teluk Chempedak sampai kul 3 pagi, then masing-masing bantai online kat cybercafe sampai kul 5 pagi. Pastu kami masuk dengan selambanya dalam kolej depan pak guard. Hhuhu... 

Kami lelap sebentar. Pukul 7 dia dah bangun balik bilik, kemas semua. Pukul 8 pagi lagi dah kejut aku mintak hantar ke terminal. Aitcheh... macam lirik lagu Teman Pengganti:

"Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi, buku, kunci, biskut dalam laci, ada sikit wang, itu saja baki"


Yang pasti, kesedihan akan dirasai bila habis semester enam ni. Bila masing-masing pulang secara kekal ke kediaman masing-masing. Bukannya dekat. Ada yang dok kat Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Kedah, Johor, makna kata seluruh negeri la. Bukan senang dah nak jumpa lepas ni. Kalau ada rezeki, aku rajin la travel kat negeri masing-masing membawa muka yang tak kacak nih. Huhu...

aku da tak bleh teruskan menulis ari ni. 

P/S:
Orang kata, sekamceng mana kita berkawan, lama-lama akan berpisah jugak"


SELANGKAH KE HADAPAN

Assalamualaikum warahmatullah...

2nd post kali ni aku nak bebel tentang apa yang aku lalui dalam masa terdekat ni. Well, final exam dah pun tamat. Cuti semester pun dah nak bermula. Sebulan cuti ni penuh dengan agenda-agenda yang dah ada dalam shortlist (ahakz...) Cuti ni happy la jugak, tapi dalam masa yang sama, rasa tak best tu tetap nak muncul. Ngape heh?

Semester terakhir akan datang menyaksikan ramai memember yang tak akan kelihatan dah. Tak macam semester-semester sebelum ni. Apa sebabnya? Praktikal. Pandai pun. Yes, most of them that did well in their academic, means that didnt have any subjects to be resit after this, bole pergi jalani latihan industri. Aku? Ehmmm...

Sapa taknak pegi wat praktikal tu? Humangaihh... Aku memang nak pegi la. Peluang nak dapat pengalaman dalam bidang baru kot. At least dapat jugak travel keluar dari tempat kelahiran ni. Diploma aku ni bawak semua students jalani latihan industri mostly in Kuala Lumpur. Tapi, aku jugak terlepas peluang ni. Dua "sahabat" yang pernah aku cipta secara tak sengaja telah menghalang aku. 

REPEAT! 
Semester pertama dulu, aku ada satu subjek yang fail. Subjek yang aku rasa sangat-sangat bodo sebab repeat. Tapi aku jugak yang cari pasal. Subjek Aplikasi Komputer tu benda yang paling kacang kot. Bukan la aku tak bole jawab, tapi aku sendiri yang tak sengaja mengabaikan satu assignment yang aku tak sedar markahnya 50. 50!!! Mengom! Semester dua pulak, aku terpaksa repeat subjek tahfiz. Ehmm... dua "sahabat" ni akan aku temui semester depan. Sighhh...

Semester sekarang (semester 5) pun dah habis. Selangkah ke hadapan, aku akan masuk semester 6. Sebagai first batch Diploma Pengajian Media Islam, memang aku terasa otai terhadap junior-junior bawahan a.k.a adik-adik kami. Bukan laa bermaksud nak ragging tapi, sebelum kami melangkah keluar ni, aku rasa nak bagi penerajang yang kaw2 dekat wadah ilmu yang telah kami belajar selama ni. At least diorang tak la terkial-kial tanpa bantuan bila kami keluar nanti.



Cuti ni nampaknya aku kena realisasikan misi aku untuk turun berat badan. Aku tak nak la penimbang menyeringai dekat aku dengan KG aku mencecah tahap tiga angka. Bahaya uhh... Macam biasa la, cuti ni aku tak bole lari dari tanggungjawab menolong family kat restoran kitorang. Keje tu keje la jugak, tapi pandai-pandai la bahagi masa nak exercise ye incik. Ahakz...

Ehh... tadi aku kata nak bebel tentang apa yang berkali dalam masa terdekat ni kan? Alih-alih terlajak sampai ke semester satu dulu? Dush4x... Ahakz... Takpelah, minda mencurah-curah, jari ligat menari atas keyboard cybercafe nih... 

(ok, internet kat kolej amat down, so simpan je la lappy)


Endlessly, kepada kawan-kawan KIPSAS aku yang bakal meninggalkan kolej semester depan, aku harap korang berjaya dengan apa yang korang lakukan. Ingat laa kami, para ronin* kat KIPSAS ni. Buat keje leklok, seperti kami yang buat tesis kat sini. Yang penting, jaga kelakuan diri masing-masing. Yang penting, para muslimah. Jangan gedik-gedik. Do your best to strive the excellent.

Jari aku kata, beliau penat dah nk menaip. So, aku stop kat sini je la. Update yang akan datang, insyaallah aku akan update ASAP!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

P/S: Jari aku kata. Sungguh... Tak caya, tanya aku.

Wednesday 31 October 2012

Aiyo...

Assalamualaikum warahmatullah...

            Sebenarnya aku pun tak tahu berapa buah blog dah yang aku dah buat. Aku bukannya mudah ingat password. Lagipun dah lama aku tak blogging. Teringin la jugak kan. Tengok memember lain ligat jari dok post-post kat blog masing-masing. Lecturers aku pun apa kurangnya. Hehehe...

Anyway, apa salahnya kalau aku nak start semula, kan?